Teks: Mohd Syafiq Azhar
Sumber: Buku '100 Habits Of Successful Freelance Designer'

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Ini merupakan siri ke-3 dalam siri ulasan dan perkongsian buku '100 Habits Of Successful Freelance Designer'. Kita masih lagi dalam kategori yang pertama, 'Leave the nest, flying solo'. Bagi yang ingin membaca pengenalan kepada buku dan kategori pertama, boleh terus ke siri 1 dan siri 2. Baiklah, kita akan terus kepada baki 5 tabiat di bawah kategori pertama ini.
3. Simpan surat perletakan jawatan:-
Berhenti kerja sepenuh masa anda secara mendadak bukannya satu langkah dan keputusan yang bijak. Kerja keras dan lebih masa adalah penting pada peringkat permulaan. Buat projek-projek rekaan secara sambilan di samping pekerjaan sepenuh masa anda. Apa yang penting di sini adalah untuk memastikan anda mengekalkan momentum sumber projek dan pendapatan sebelum beralih arah dari bekerja makan gaji kepada bekerja sendiri.

4. Persediaan kewangan:-
Sebelum menjadi seorang pereka bebas, anda perlu bersedia dari segi perbelanjaan harian. Berapa wang yang diperlukan untuk perbelanjaan setahun? Bayar rumah, bayar kereta, makan kad kredit, cukai dan pelbagai lagi. Mula membuat kira-kira, ini membantu kita menguruskan pendapatan melalui perniaan kita sebagai pereka bebas, dan secara tak langsung menjadi pemangkin untuk komited dalam perniagaan baru kita.

5. Gali, gali dan gali:-
Sebagai pereka bebas yang bekerja isendiri, anda perlu bekerja keras dan bijak untuk memastikan anda mampu bertahan dalam menjalankan perniagaan sendiri ini. Ini mungkin termasuk memerlukan anda bekerja lebih masa sehingga mengorbankan cuti hujung minggu anda. Pentadbiran dan penggunaan masa yang bijak juga adalah penting. Gunakan masa yang terluang untuk membuat projek peribadi, secara tak langsung memantapkan portfolio anda dan membuka mata kepada bakal pelanggan tentang kemampuan anda.

6. Jangan ambil remeh:-
Pelanggan akan lebih yakin dengan anda dan servis anda melihatkan kepada tahap profesionalisme anda dan perniagaan anda. Nama perniagaan atau syarikat, logo dan identiti, kad nama atau perniagaan, laman sesawang, alamat surat menyurat, portfolio dan seumpamanya, semua ini penting dan mampu meningkatkan potensi perniagaan dan minat pelanggan terhadap servis anda. Kata kunci penting di sini, profesionalisme.

7. Terurus dan pengurusan:-
Cuba bina satu sistem yang membolehkan kerja dan perniagaan anda dalam keadaan terkawal. Kerja-kerja pengurusan ini mungkin nampak remeh dan melecehkan, tapi inilah sebenarnya yang membantu anda terus berada di atas landasan. Kaedah penyimpanan dokumen-dokumen penting, kebolehan untuk menjejak projek-projek yang terdahulu, kebolehan menjejak aliran kewangan dari segi bajet, perbelanjaan dari segi modal dan seumpamanya antara contoh perkara yang perlu dititik beratkan. Ruang kerja yang selesa dan teratur turut menyumbang kepada pengurusan yang baik.

Kesemua 7 tabiat atau langkah-langkah di bawah kategori 'Leave the nest, flying solo' telah pun saya kongsi. Diharapkan sepanjang perkongsian saya dalam 3 siri setakat ini dapat memberi manfaat secara langsung atau pun tidak langsung kepada pembaca. Kita berjumpa lagi dalam siri yang seterusnya untuk kategori yang kedua iaitu 'Just good business'.